Wednesday, 9 December 2009

Bapak Borek Anak Rintik?

Layan video bawah ni kejap

Tagged

Baru create account Tagged. Add la ye.



Minggu ni minggu exam. So, aku akan senyap untuk jangkamasa 2 minggu ni. Doakanku berjaya dalam perjuangan ini. Ececeh~

Saturday, 28 November 2009

Aidiladha

Salam buat semua follower. Amacam raya korang semua? Syok tak? Korang tolong tak jiran jiran lapah lembu korban? Ke korang tolong tengok je? Haha. Tahun ni aku tak sempat la nak tengok acara mengorbankan lembu. Kalau sempat pun aku takkan tengok kot. Takut la tengok darah keluar membuak buak kat leher lembu tu. Pastu lembu tu mendengus dengus. Seram bai. So, lebih baik untuk aku supaya tak tengok kan..

Pengalaman balik kampung raya korban tahun ni adalah pengalaman paling tragis la dalam hidup aku untuk tahun ni. Hoho. Ko bayangkan la kan, bertolak pukul 11malam. Sampai Johor pukul 5.30pagi. Gilo ko? Memang gilo. Highway jem abis. Pastu ada drama swasta pulak kat highway. Ada satu geng konvoi ni, geng geng LC. Konvoi ikut lorong kecemasan. dah la bawak laju, tak bersusun lak. Tengah dorang bawak moto tu, ada la satu kereta rosak kat lorong kecemasan ni. Kereta tu owner dia pompuan. Diorang nak mengelak. Entah macam mana la kan, salah sorang geng dari konvoi tu terjatuh pasal nak mengelak kereta tu. Tapi apa yang aku sakit hati bila tengok kejadian tu, member geng yang jatuh ni jerit kat driver kereta tu. "sialllllllll". Kuat wo dia jerit. Pastu terus pergi serang kereta tu. Nak bukak pintu driver. Kurang ajar kan? Hang dah la ikut lorong kecemasan. Bawak laju lak tu. Salah sendiri, pastu nak salahkan orang lain. Mentang mentang driver pompuan, berani la ye ko wat camtu. Ending ceritanya, aku pun tak tau la sebab jalan sesak time tu. Tak boleh nak tunggu lama lama. Harap harap pompuan tu takda apa apa la.

Aku drive pun tak direct sampai umah nenek aku. Tak tahan doe tengok satu famili tido. Cobaan. Huhu. Aku stop kat RnR pagoh. Lg 70++km nak smpai JB. Mata dah stim abis. Tak tahan dah bawak. Bawak pun terhuyung hayang kat atas highway. Mintak tolong bapak aku gantikan. Nasib baik dia kata ok. Lepas tukar tempat, aku terus tidur. Sedar sedar je, dah sampai umah nenek aku dah. Lepak tido jap, pastu pkl 7.30 bangun balik, mandi madi, gi semayang raya. Balik semayang raya, bantai tidur sampai ke petang dan akibat daripada perbuatan itu, aku tak boleh nak tidur malam ni sampai la saat cerita ini dipostkan. Hohoho.

Apa apa pun, raya korban tahun ni rasanya x berapa nak meriah la kalau nak dibandingkan dengan raya raya korban yang sebelumnya. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab tak ramai kot pakcik pakcik dan makcik makcik yang balik raya tahun ni. Takpe la. Tak pedulik semua itu. Yang penting aku dapat jumpa nenek aku dengan tok kan kan kan?

Ok la weh. Nak tutup story. Semoga korang enjoy hari raya korban korang k. Kalau ada rendang lebih ke, lontong lebih ke, jangan lupa ye. Hulur hulur la sikit kat orang sini. Tengah mengidam ni. Huhu. K. Out.


Thursday, 26 November 2009

Sudah Sampai Sini

Lama rasanya tak menaip entry kat sini. Al-maklumlah, final nak dekat dah. Kuiz, test, assignment bertubi tubi datang. Minggu ni 3 hari straight test. Nak gila dibuatnya. Tapi yang seronoknya minggu ni kami start cuti raya haji start dari hari Khamis. So, Rabu lepas kelas dah boleh balik. Yeah~

Sekarang ni musim tengkujuh. Bagi jiwa jiwa rider macam gua ni kan, memang susah la. Tiap tiap petang time nak balik kelas mesti basah. Nak balik kampung pun susah. Malam tu mula la. Pening la, batuk, selsema. Menyesal pulak dulu rasanya tak angkat kereta sebijik. Senang sikit. Tapi disebabkan semangat rider yang kuat, aku tak pedulik semua tu. Yang penting bila naik motor, kita enjoy. Lain beb feel naik motor dengan kereta. Tak percaya? ha, lu orang try sendiri. Betapa nikmatnya menunggang motosikal pada kelajuan tinggi. Takda la laju mana. 140km/j je kot.(meter gps) haha.

Ok, back to the topic. So, next week, dah masuk study week. Next 2 week, dah final. Next 3 week, final dah abis. Tunggu result je. Tahun depan dah semester 6. Pejam celik pejam celik, dah nak abis poli dah aku. Teringat bait bait lagu kumpulan BPR..

Bermusim,
Silih berganti bulan mentari,
Pejam celik tak terasa aku,
Sudah sampai sini,
Sudah sampai sini....

Sambungan dia? ha, pandai pandai la korang cari ye. Ok. Sambung stori. Tahun depan, sem 6. Lepas abis sem 6, kerja. Takpun sambung study. Time kerja kumpul duit. Beli rumah, beli kereta. Pastu kawin. Pastu dapat anak. Pastu anak dah besar, anak dah kawin and then dapat cucu. Pasti jadi atuk. Pastu? agak agak kemana? Rasa rasa? Konfom la ke lubang kubur. Singkat je kan hidup kita ni sebenarnya. So, renung renungkan dan selamat beramal. Iklan motivasi jap :P

So, aku pun tak tau nak bebel apa dah. Sebelum aku tutup cerita ni aku nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan kawan. Walaupun hari raya korban tak semeriah hari raya puasa, ianya tetap hari raya. Sambutlah aidiladha kali ni dengan penuh kesyukuran dan keinsafan ok? Tak lupa juga, good luck untuk final exam lagi dua minggu kepada sesiapa yang merasakan dirinya budak politeknik ok. All the best. Ok. Out




Thursday, 19 November 2009

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-20

Isnin yang lepas (16hb November 2009), genaplah 20 tahun aku hidup kat dunia ni. Thanks kepada kawan kawan yang wish aku kat facebook dengan yang wish kat handphone. Maaflah kalau takde respon. Aku terputus hubungan dengan dunia luar sejak beberapa minggu ni. Hohoho.

Birthday aku tak disambut dengan meriah pun. Aku hanya dihujani oleh telur telur busuk serta air campuran serbuk kari, kunyit, tepung dan beberapa lagi rempah rahsia yang entah apakah status halalnya. Kena baling telur busuk pun, kena simbah dengan air kunyit, ada jugak sorang tu yang sambut birthday aku dengan kek. Siapa ye orang tu? Malulah nak cerita. Biarlah rahsia. huhuhu. Aku harap time aku balik rumah nanti ada la surprise present untuk aku dari mak abah kan. Dapat CBR600RR ke, Ducati Desmocidici ke, Aprillia Pegaso Strada ke.. hoho.. Ohh, tak mungkin..

Diharap ulang tahun kelahiran aku kali ni dapat menjadikan aku lebih matang dalam segala aspek, tindakan serta perbuatan. Dan yang paling penting, tahun depan aku dah boleh pergi mengundi. Hohoho ;P


Saturday, 14 November 2009

Kemas Kini Blog Oleh Sir Highcarl

Apa khabar semua kawan kawan? Lama tak menulis artikel kat dalam blog ni. Bukan takde masa sebenarnya nak update blog. Masa ada. Banyak.. Tapi takde idea la. Kebanyakan post post dalam ni pun aku amik daripada blog lain, pastu tempek je. Sekarang ni aku ingat aku taknak buat macam tu lagi. Rasa macam tak real la pulak. Ingat nak tukar stail penulisan. Jadi skema sikit. Apa macam? Ada ok tak? Huhu.

Last week aku turun ke KL dengan "kawan" aku. Hajat nak ke Low Yat. Nak beli pendrive murah. Dapat la aku Kingston 8GB dengan harga RM58. Murah ke? Murah kot... Pastu, malam tu, aku pergi c.c kat area taman umah aku kat Behrang tu, dia jual brand pendrive yang sama, size yang sama dengan harga RM55 je. Aduss~ Ko bayangkan, aku gi KL harga tiket bas RM7 + harga RM58 = RM65. Tak berbaloi kot. Adoyai. Tapi tak kesah la sebab time turun KL last week aku betul betul gembira dan bahagia gitu. Ahaks.

Minggu ni jugak aku selalu la tidur lewat. Tak tau kenapa. Mata susah sangat nak lelap. Lelap pun dalam pukul 2am~3am. Dan keesokan paginya... tada, aku bangun pukul 7am, 7.15am. Yang terbaru pagi tadi. Aku bangun pukul 7.30am. Hoho. Lewat 5minit aku ke kelas. Kena denda sapu sampah dengan lecturer. Tak bergaya lansung denda. Bagi la denda cuci kereta ke, cat bengkel ke. Baru la mekanikal..

Cakap pasal bengkel, sekarang ni kitorang dibenarkan pakai jeans hanya pada waktu bengkel sahaja. Untuk pengetahuan korang, poli tempat aku belajar tak membenarkan pelajarnya berseluar jeans. Sebab? Aku pun tak tau la kenapa. Maybe ikut standart kot. Ikut protokol. Senang sikit aku pasni. Takde la susah susah nak bawak seluar banyak banyak balik rumah..

Cakap pasal balik rumah, masuk minggu ni dah dua kali berturut turut aku tak balik shah alam. Kejadian ni jarang berlaku kepada aku yang terkenal dengan tiap tiap minggu balik shah alam. Haha. Last week aku ada exam MUET hari sabtu, so, tak dapat la nak balik. Minggu ni pulak ada kelas ganti hari Sabtu. Adoiiii~ So, next week konfom aku akan balik Shah Alam. Wajib. Kalau tak balik, dosa aku. Ahaa.

Tu je kot aku nak bebel malam ni. Malam ni pon aku tak sure nak tidur pukul berapa. Maybe lewat kot. Harap harap aku akan bangun awal la untuk ke kelas. Hoho. Wish me bangun awal esok untuk kelas ganti~

Saturday, 7 November 2009

Pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras Ditumbuk Oleh Ustaz


PUTRAJAYA: Kesabaran seorang ustaz terhadap sikap anak muridnya yang dipendam sejak enam bulan lalu tiba ke kemuncaknya kelmarin, apabila pelajar tingkatan lima itu mendakwa ditumbuk beberapa kali oleh guru agama terbabit menyebabkan keningnya terkoyak dan berdarah.

Sebelum kejadian, pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Farouk mendakwa dipanggil ustaz berkenaan yang juga guru disiplin sekolah sebaik selesai perhimpunan pagi.

Bagaimanapun, ustaz itu didakwa hanya mendiamkan diri menyebabkan dia berjalan terus ke bilik darjah bersama rakan lain.

Namun, ustaz terbabit yang memegang sebilah gunting mengikut mangsa ke kelasnya sebelum ‘mengamuk’ dengan menendang beberapa kerusi dan meja serta menarik bahu dan menumbuk Farouk, kira-kira jam 7.45 pagi.

Kejadian hampir lima minit yang disaksikan rakan sekelas mengejutkan mangsa yang tidak dapat berbuat apa-apa sebelum cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke pejabat pengetua bagi mengelak terus dibelasah ustaz berkenaan.

Pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras itu, mendakwa dia terkejut dengan tindakan melulu guru agama itu yang memukul tanpa sebab sebaik selesai perhimpunan pagi.

Menurutnya, dia kembali ke kelas bersama rakan apabila ustaz terbabit hanya berdiam diri selepas memanggil namanya pada perhimpunan pagi itu.

“Ustaz kemudian memasuki kelas melalui pintu belakang dan menendang beberapa kerusi selain mengarahkan rakan kelas lain beredar ke tepi sebelum menarik bahu dan menumbuk saya bertubi-tubi sehingga kening kiri berdarah.

“Saya terkejut dan tidak dapat mempertahankan diri kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan hanya menyedari kening tercedera apabila darah meleleh di pipi sebelum cuba berlari menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Taman Desa Makmur, Sungai Merab, dekat sini, semalam.

Farouk mendakwa ketika melarikan diri ke bilik pengetua, ustaz terbabit sempat memekik dan mencabarnya melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya.

Dia kemudian menggunakan telefon di bilik pengetua untuk menghubungi ibu bapanya yang kemudian bergegas ke sekolah bagi mengetahui kejadian sebenar.

“Saya dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran sekolah oleh guru bagi mendapatkan rawatan,” katanya yang masih trauma dengan serangan mengejut ustaz terbabit.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia tidak mengetahui punca ustaz itu menumbuknya, tetapi pernah mendengar guru agama terbabit mengeluarkan kata-kata sinis terhadapnya.

“Apa yang saya tahu, ustaz sentiasa meluahkan kata-kata sinis seperti ‘kau tak akan lulus SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun ini dan gelap masa depan kau’ setiap kali berselisih dengannya.

“Memang saya sedih apabila ada guru seolah-olah mendoakan kegagalan anak muridnya sendiri,” katanya yang akan menduduki peperiksaan SPM, pertengahan bulan ini.

Difahamkan, sebelum ini, beberapa rakan mangsa turut mendakwa dipukul ustaz terbabit, tetapi kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepada ibu bapa atau pihak sekolah kerana tiada bukti kukuh.

Sementara itu, bapa mangsa, Rohaizin Sulaiman, 46, berkata dia dan isteri kesal dengan kejadian selain bimbang dengan keselamatan Farouk, lebih-lebih lagi apabila memikirkan peperiksaan SPM semakin hampir tiba.

Menurutnya, dia sedih apabila ustaz yang sepatutnya membimbing anak muridnya sanggup bertindak di luar batasan dan bimbang kejadian sama akan berulang.

“Saya memberi kepercayaan penuh kepada guru untuk membantu dan mendidik anak-anak, tetapi jika ini yang berlaku sukarlah bagi kami mempercayai mereka,” katanya yang juga seorang kakitangan kerajaan.

Rohaizin berkata, dia juga ingin mengetahui kesalahan dilakukan anaknya sehingga diperlakukan sedemikian rupa.

“Sebagai ustaz, menjadi tanggungjawab untuk menegur pelajar mereka jika ada perkara yang tidak baik dilakukan pelajar dan bukannya dengan menumbuk pelajar terbabit sehingga tercedera.

“Walaupun ustaz itu ada meminta maaf di depan pengetua, guru hal-ehwal murid dan warden sekolah, saya tetap membuat laporan polis untuk keselamatan anak saya,” katanya.

Rohaizin berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, dekat sini, petang kelmarin.

“Saya bukan berdendam dengan ustaz itu, tetapi sebagai pengajaran supaya kejadian sama tidak berlaku pada pelajar lain, pada masa sama mengelak guru mengambil tindakan luar batasan terhadap pelajarnya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bandar Baru Bangi, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian yang membabit pelajar terbabit.

** Sekolah Menengah Teknik Cheras. Sekolah lama aku tu. Budak ni pun mesti stok hantu hantu ni. Kalo tak takdenye ustaz nak belasah smpai cmtu..